Di sini ada sebuah cerita,..hayatilah.
Ada seorang pembantu rumah yang dibayar gaji RM550. Tugasnya adalah membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak. Suatu hari tuan rumah keluar kerana ada urusan dan ditinggalkan anaknya bersama pembantu rumah tersebut. Ketika pembantu rumah itu sedang melakukan tugansnya di halaman rumah, kebetulan anak yang ditinggalkan bersamanya bermain di tepi kolam renang. Tiba-tiba anak tersebut tergelincir dan jatuh ke dalam kolam tersebut. Pembantu rumah tersebut berfikir, perlukah dia menyelamatkan anak itu, sedangkan tuannya hanya membayar untuk membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak bukan untuk menjaga anaknya, lalu dibiarkannya. Tuan rumah pulang dan bertanya mana anaknya, dengan selamba pembantu rumah tersebut menjawab, tadi terjatuh dalam kolam. Apabila tuan rumah tiba di kolam anaknya sudah mati. Pembantu rumah itu memberitahu bahawa yang dia hanya dibayar untuk tugas-tugas seperti yang ditugaskan.
Apakah perasaan anda jika perkara ini berlaku paad anda??
Bayangkan,jika Allah bertanya kenapa tidak mencegah kemungkaran??...
Adakah kita ingin menjawab sebegini:
"tugas saya sebagai hamba ialah beribadah,solat, puasa, zakat,..itu bukan urusan saya, dia yang lakukan kemungkaran"
Adakah itu jawapan yang ingin kita berikan,??
sungguh cetek pemikirannya,..jika orang lain rosak(masyarakat), bagaimana dengan kita??
bukankah kita hidup dalam kelompok masyarakat??kuat sangatkah kita untuk menepis segala bisikan-bisikan, tanpa ada yang membantu dan mengingatkan,..??
Dakwah bukanlah hanya perlu berdiri di atas pentas dan menyampaikan itu ini,..
Islam itu mudah,..jika hati kata susah, susahlah,..
*Bersamalah kita memperbaiki untuk menjadi yang lebih baik pada tahun baru*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan