Jumaat, 30 Disember 2011

Tanggungjawab Dakwah

Assalamualaikum,..

Di sini ada sebuah cerita,..hayatilah.

Ada seorang pembantu rumah yang dibayar gaji RM550. Tugasnya adalah membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak. Suatu hari tuan rumah keluar kerana ada urusan dan ditinggalkan anaknya bersama pembantu rumah tersebut. Ketika pembantu rumah itu sedang melakukan tugansnya di halaman rumah, kebetulan anak yang ditinggalkan bersamanya bermain di tepi kolam renang. Tiba-tiba anak tersebut tergelincir dan jatuh ke dalam kolam tersebut. Pembantu rumah tersebut berfikir, perlukah dia menyelamatkan anak itu, sedangkan tuannya hanya membayar untuk membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak bukan untuk menjaga anaknya, lalu dibiarkannya. Tuan rumah pulang dan bertanya mana anaknya, dengan selamba pembantu rumah tersebut menjawab, tadi terjatuh dalam kolam. Apabila tuan rumah tiba di kolam anaknya sudah mati. Pembantu rumah itu memberitahu bahawa yang dia hanya dibayar untuk tugas-tugas seperti yang ditugaskan.

Apakah perasaan anda jika perkara ini berlaku paad anda??


Bayangkan,jika Allah bertanya kenapa tidak mencegah kemungkaran??...
Adakah kita ingin menjawab sebegini:
"tugas saya sebagai hamba ialah beribadah,solat, puasa, zakat,..itu bukan urusan saya, dia yang lakukan kemungkaran"

Adakah itu jawapan yang ingin kita berikan,??
sungguh cetek pemikirannya,..jika orang lain rosak(masyarakat), bagaimana dengan kita??
bukankah kita hidup dalam kelompok masyarakat??kuat sangatkah kita untuk menepis segala bisikan-bisikan, tanpa ada yang membantu dan mengingatkan,..??

Dakwah bukanlah hanya perlu berdiri di atas pentas dan menyampaikan itu ini,..
Islam itu mudah,..jika hati kata susah, susahlah,..

*Bersamalah kita memperbaiki untuk menjadi yang lebih baik pada tahun baru*


Jumaat, 23 Disember 2011

Malu yang Bagaimana??

jaganlah malu menegakkan kebenaran
Zaman sekarang, zaman yang sarat dengan pembangunan, perkembangan IT dan pemanasan muka bumi pun semakin meningkat.
Inilah yang dijadikan alasan oleh wanita-wanita masa kini untuk tidak menutup aurat..


Berbaloikah atau muhasabahkah alasan begini??


Ada juga yang berkata 'belum sampai seru,fesyenlah dan..dan ada juga yang segan, malu untuk menutup aurat.


Segan,..Malu,..(sesuatu yang pelik)


ok, kenapa kena tunggu sampai seru,.. sedangkan ramai sudah yang menasihat, menegur dan sebagainya.
Adakah tunggu sehingga kita diseru menghadap Ilahi??
jika masa itu(hahaha)tidak perlu diingatkan, jangan dikata aurat, muka dan telapak tangan pun tidak kelihatan,...


wahai saudaraku,saudari-saudari sekalian,..


Kenapa perlu malu??Kenapa perlu segan??
Adakah saudari sekalian selesa dengan menayangkan yang tidak perlu??


Perlukah malu untuk menutup aurat?
Tetapi tidak segan aurat kita dilihat orang lain,..


Ada yang berkata "dalam Al-Quran tidak ada suruh memakai tudung"


Ya,memang benar,..


..TETAPI..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka memanjangkan jilbab mereka hingga ke bahagian dada mereka"(An-Nur:31)


Jika saudari perasan saya tidak menekan untuk memakai tudung tetapi menutup aurat.
jika tidak mahu pakai tudung tidak mengapa, pakailah kain kafan ke untuk menutup aurat,..
tetapi cara yang senang adalah dengan memakai tudung


Menutup aurat adalah satu kewajipan. Dan tidak menutupnya adalah berdosa..
Bukan hanya pada bahagian kepala aurat perempuan, pakaian yang menampakkan tubuh dan suara juga aurat,..pakailah pakaian yang longgar tetapi bukan longgar sehingga boleh terlucut,..dan adakah pula suara boleh ditutup dengan segala macam kain??


..Bersama-sama kita memperbaiki diri untuk Ilahi..


Muhasabah kembali,..

Monepause tak perlu tutup aurat??

Assalamualaikum..

Segala puji buat Sang Pencipta, selawat dan salam buat Utusan Langit dan seluruh ahli kerabat, serta salam sejahtera buat semua penduduk bumi.

Note kali ini saya mahu share sesuatu yang mungkin boleh mengelirukan sahabiah-sahabiah sekalian.

Pada satu petang, ketika saya bersama sahabat yang lain sedang mentelaah buku sambil bersantai, kami berborak sehingga keluar satu mauduk yang menarik perhatian saya. Ada sahabat saya kata "wanita yang sudah utus haidnya boleh buka aurat?". Sahabat saya ni pun kurang jelas tentang perkara ni. Sebab, menurutnya, dia dengar ni daripada ibunya. Sahabat saya kata ada dalil dalam al-quran. Saya cuba minta pendapat rakan-rakan yang lain. Dan kebnyakkan jawapan tu tak memuaskan hati kerana jawab ikut pendapat masing2. Almaklumlah, Saya baru first time dgr pasal perkara ni. Jadi sifat inkuiri tu membuak-buak. Tengah makan kat DM pun pikir pasal tu. Sampai je kat musolla, trus kol mak tersayang tanya pendapat. Alhamdulillah,penjelsan mak buat saya lebih tenang dari sebelumnya.Then, cari dalam Al-Quran tentang ayat tu. Dari surah An-Nisa` sampai lah jumpa kat surah An-nur. Dan semasa cuti ni saya buat sedikit research tentang perkara ni dan ada bertanya kepada beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Syukur Alhamdulillah penemuan saya memuasakan hati. So let i share with my beloved friends.

SURAH AN-NUR: 60

.... وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الَّلَـتِى لاَ يَرْجُونَ نِكَاحا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ

(Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan merekadalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya, dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah lebih baik)

Kekeliruan..

Sahabiah yang dikasihi Allah,

Bagi semua wanita, tua dan muda tetap SAMA tak boleh buka aurat cuma maksud ayt ini ada KELONGGARAN bg wanita ini

ayat ini KHAS bg wanita TUA yg TIDAK LAGI BERKEINGINAN KAHWIN dan sudh sampai tahap MENOPAUSE

mengikut tafsir a;tabari, ibnu jabir kata:

“wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka

Ggolongan ini sudah diberi kelonggaran utk tidak terikat dgn arahan spt zaman remajanya seperti dibenarkan untuk pakai baju lengan pendek tudung singkat atau pendpt yg lebih exrtrem ialah dibenrkan tidak memakai tudung memadai hanya memakai serbus sahaja dan juga dibenrkan bersalaman dgn lelaki ajnabi baik

Ada bberapa alasan:

1. Kerana di usia ini, golongan ini mustahil utk melakukan perbuatan yg membangkitkan nafsu shahawatnya

antara sebab knp islam haram persentuhan lelaki perempuan ialah kerana boleh membangkitkan syahwat lelaki.

2. Sebagai memudahkan perhubungan dia dgn org lain yg dilihat spt anak sndiri.

Maksudnya lg, hukum tetap TAK UBAH kewjipan tutup aurat adalah KEKAL cuma perlaksanaanya BERLAINAN. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerna ingin KURANGKAN BEBAN golongan ini. Maklumlah dah tua mesti penat kalau nk menjaganya spt golongan muda. Betul tak?

Ada pendapat yang menyatakan yang boleh ditanggal itu ialah JILBAB dan RIDA`. Orang arab selalunya memakai Khimar dan jilbab. Maka yang yang di benarkan buka hanya jilbab dan rida`. Dalam konteks kita pada hari ini,kiranya warga emsa tu dibenarkan pakai tudung pendek atau menutup kepala rambut dengan kain (macam nenek2 buat tu).

Selain tu ada juga yang berpendapat Wanita arab memakai dua helai pakaian.pakaian pertama ialah pakaian menutup aurat seluruh tubuh meraka dan pakaian luar ialah pakaian luar yg menutup pakaian pertama.Yang tu la yg dimaksudkan. Aurat TETAP WAJIB TUTUP!!

cth lain:

-kalau kita, usia macam ni kena pakai baju tidak nampak lengan

-tapi mereka boleh nmpk memdai pakai baju lengan pendek

cth lain ;

-mereka tak pe tak pakai stokin tp apa-apa pun, kalau mereka TETAP NAK TUTUP, itu LAGI BAIK

kerana apa? dunia skrg tk leh jangka ada je kes wanita berusia lingkungan 60 ke atas, masih menjadi mangsa lelaki rakus.

Sebab ayat ALLAH habiskan ayat ini dengan mengatakan kalau mereka menutup aurat, itu lagi BAIK bagi mereka

kerana Allah tahu perbuatan setiap hambnya. Ayat ini membuktikan bahwa Allah maha MENEGTAHUI segalanya.

Terbukti islam itu sempurna! :)

Moga perkongsian yang tak seberapa ni dapat memperbetulkan balik tanggapan yang mengelirukan dikalangan kita. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! Sebar-sebarkan. Moga dapat manfaatnya.

-Copy daripada Syazwani Khalid-

Ahad, 31 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah...
dapat kita bertemu dengan ramadhan tahun ini,,,...
mungkin ini adalah ramadhan terakhir?...mungkin...
kita tidak tahu bilakah masa kita akan sampai...

contohnya anda berjumpa dengan doktor..
dan dia menjanggkakan hidup kita hanya tinggal beberapa hari sahaja??
adakah kita hendak menghabiskan hari terakhir dengan masa memotongnya begitu sahaja...

tidak??
bagaimana anda menghabiskannya..
setiap nafas yang keluar dan masuk adalah yang terakhir...

renung-renungkanlah...adakah kita punya banyak masa untuk berfoya??
tidak, waktu tidak akan menunggu kita,...
apabila sudah tiba waktunya...
kita akan pergi meninggalkan segalanya..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..
semoga ramadhan tahun ini adalah ramadhan terbaik lita mendekatkan diri kepadanya...
sekian..

Isnin, 6 Jun 2011

Ibu Bapa insan mulia

Assalamualaikum..wbt..
Keif halukum?? Alhamdulillah..moga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai-Nya..Insya-Allah..

kali ini saya bawakan topik tentang IBU BAPA...ha...
siapa yang lahir ke dunia ini tanpa ibu bapa...pasti ramai.....yang membantah pertanyaan saya bukan,>>???
tiada ibu bapa tiadalah kita.

tetapi ramai anak-anak kini tidak menghiraukan ibu bapa mereka....
apabila anak-anak sudah besar, sudah pandai hidup sendiri, rumah sendiri, duit sendiri mereka biasanya senang melupakan ibu bapa mereka...
bukanlah semuanya begitu..sekarang ramai yang begitu...
selalu mendengar orang ramai berkata:
"Ibu boleh menjaga anaknya yang ramai, tetapi anaknya yang ramai itu jarang boleh menjaga ibunya dengan elok".
mereka senang dengan mengambil jalan yang mudah iaitu...
orang tua dihantar ke rumah kebajikan..atau dibiar sahaja di rumah meniti usia tua mereka sendiri....
mungkin kerana tiadanya cinta mereka terhadap ibu bapa....
apabila seseorang itu mencintai ibu bapanya...kehidupan mereka lebih bahagia..daripada mereka yang tidak mencintai ibubapa mereka..
hakikatnya, anak dan ibu bapa saling memerlukan...
Allah telah berfiman:
"Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya......
(surah Luqman:14)
saya ambil sedikit sahaja ayat diatas...
apabila kita mengasingkan diri atau berjarakkan dengan mereka, sebenarnya kita telah lari dari kebahagiaan serta kita telah mencabut sebahagian daripada diri kita sendiri,...
cuba kita kenangkan.....bagaimana kita boleh terjadi???ianya daripada cinta ibu bapa kita bukan..???
lebih perlu kita ketahui...cinta kepada ibubapa adalah tuntutan daripada Ilahi..kita tidak akan merasa rugi jika mencintai ibubapa kita..sedangkan didalam Al-Quran sendiri ada menyebut berbaik kepada ibu bapa...
bukankah kita kerap kali mendengar..syurga itu di bawah telapak kaki ibu??
ada juga yang berbunyi Allah tidak akan redha selagi ibu bapa tidak redha dan tidak akan mencium bau syurga oleh anak yang derhaka...
adakah kita mahu perkara itu terjadi...jangankan masuk syurga jika bau pun tidak dapat...
kenapa kita tidak memilih untuk mencintai ibu bapa kita..//??..

Khamis, 2 Jun 2011

C!nT@..??

Assalamualaikum wbt...

pernahkah anda bercinta,,,,???
pasti ada yang pernah dan mungkin juga tidak...

yang ramai yang mengatakan cinta itu indah...ya,,cinta itu indah..tetapi manusia zaman kini ramaimeletakkan cinta pada tahap yang amat remdah...sedangkan cinta kita adalah cinta yang mahal...setuju..??

manusia seperti itu silap meletakakn cinta..mungkin mereka hanya tahu bercinta dan bermesrabersama pasangan...cinta yang salah digunakan itu telah menjerumus manusia ke arahmemurahkan cinta dangan semurahnya,,...dan berlakulah..bunuh diri, zina, lari rumah dansebagainya,...jika hanya dengan perasaan semata-mata jadilah..bak kata orang terdahulu..
-ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu-

apabila kita meletakkan cinta atas dasar nafsu..huh'.,ia akan mengheret kita ke lembah yang penuh dengan kehinaan,..mahukah perkara ini berlaku...??bukankah cinta itu indah...??

daripada semua ini...jika kita takut untuk bercinta terhadap seseorang itu dan tidak tahu orngitu mencintai kita atau tidak..atau atas dasar apa...??

jika dengan cinta ini ia boleh menyebabkan manusia merosakakan hubungan bersama ibu bapa, berbunuh-bunuhan, menimbulkan kemarahan masyarakat, memutuskan ukhuwah antarakeluarga, sahabat serta jauh daripada masyarakat,..,bukan,.??

adakah anda tidak merasa rugi dengan hanya mengambil cinta yang murah..??adakah andabahagia..??

cinta yang murah hanya terikat dengan hawa nafsu,..ia juga cinta yang lemah jika ujian datangmenduga...dan cinta yang tidak membawa ke syurga..,,.

Cinta yang sebenar ialah cinta yang berlandaskan Keimanan..keimanan kepada Allah SWT..

adalah lebih baik kita mancintai yang Maha Mencintai..kerana apa...kerana kita tidak akanpernah dikecewakan...cinta yang tidak pernah ditolak..yang sentiasa mencintai...walaupun kitajauh daripada-Nya..,,.

mereka yang bersungguh-sungguh sahaja yang mengejar cinta sahaja tahu betapa manisnyacinta..Cinta kepada Allah SWT..,,.ia juga akan menghasilkan cinta yang lainnya,...percaya..???cubalah..hanya kerana-Nya..,,orang yang mengerti mahalnya cinta tidakakan meletakakan cinta pada taraf yang rendah...,

yang cinta sememangnya sesuatu yang mahal..kerana ia tidak boleh dijual beli..jika kita mencintaiMaha Mencintai...cinta yang lain akan hadir dengan sendiri...,dengan cinta ini boleh dibawasehingga ke akhirat kelak...,jangan terjebak dengan cinta yang murah...
Insya-Allah semua akan aman bahagia dengan cinta yang mahal...
bermuhasabahlah diri..termasuk juga diri yang sentiase lalai
sekian, wslm

Jumaat, 27 Mei 2011

Buat yang b'nama SAHABAT

Assalamualaikum wbt..

kpd sahabat-sahabat ku...tidak kira sebaya ataupun tidak...


'UKHUWAH PERSAHABATAN'
...kenangan bersama...
.
Dalam mengen
ang tentang kehidupan
ku tersedar dari dugaan dan cabaran
Sahabat, kau juga penting dalam hidupku
selain dari keluarga sendiri

Sahabat, andainya kau tiada disisi
pastinya hidup ini sunyi sepi
Sahabat, mungkin juga pernah ku kasari
biarlah hukuman ditentu Ilahi

Ya Allah,
dosaku menggunung tinggi
hanya kerana hatinya kulukai

Ya Rahman,
andainya ajal sudah hampiri
daku memohon dosa diampuni

kini ku kembali pada-Mu
mengharap maghfirah darimu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
biarpun ujian melanda ukhuwahkan tetap bersamanya
kerna ku mahu ukhuwah ini
hanya kerana-Nya


'Sekian'
-Amira Senior-





Selasa, 10 Mei 2011

*p'baiki diri dgn kesilapan*

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt

..........................................................
Dalam mengenang kisah hidup silam,
aku sedar dari kesilapan lalu,
Ya Allah,
beratnya dosa-dosaku masihkah ada ampunan buat ku,

.........................................................
Ya Allah,
dalam menempuh hidup ini,
banyaknya dugaan datang menanti,
Ya Allah,
ada yang dapat ku gagahi,
dan
ada yang gagal ku hindari,
.........................................................
Ya Allah,
dosaku menggunung tinggi,
tapi taubatku tidak ku tepati,
Ya Allah,
Rahmat-Mu melangit luas,
terlalu sedikit ku bersyukur.

kini ku kembali pada-Mu mengharap maghfirah dari-Mu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
biarpun ujian melanda
ku tetap berkasih pada Mu
kerana ku yakin Kasih-Mu kekal tiada sudahnya...

...marilah kita bermuhasabah bersama...

Insya-Allah,
Allah itu dekat dengan hamba-hambanya yang mencari-Nya
sekian wasalam.

edit,
Haikal-Epilog Silam

Sabtu, 30 April 2011

Tinggalkan Dosa!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Jika kita katakan kita sedar akan dosa yang kita lakukan dan hendak dekatkan diri kapada-Nya....
sebenarnya kita telah lawan dengan dosa.....
dan jika demikian hati kita masih lagi mempunyai iman....

Memang jika kita ingat kembali hidup kita ini sentiasa bergelumang dengan dosa...tidak kiralah besar atau kecil.....kerana itu, kita sukar untuk melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin..
dosa akan mengadakan titik hitam pada hati kita....
jika kita terus melakukan dosa tidakkah hitam hati kita nanti.....???

sebenarnya hati ini banyak cabangnya...

-hati yang hidup..

-jika kta sering membuat dosa ia telah jatuh kepada hati yang sakit....
rasa malas hendak melakukan amalan...dan jauh daripada-Nya...serta tidak rasa hendak memperbetulkan diri dan sedarkan diri daripada kesalahan,...

-jika perkara di atas terus menerus dilakukan ia akan jatuh pada hati yang mati...
igatlah hati ialah ketua bagi tubuhnya..

tidak ada manusia yang boleh berubah terus kepada apa yang dia hendak berubah....(kearah kebaikan)..
manusia perlulah berusaha untuk berubah....Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Dia tidak akan mengecewakan hambanya yang berusaha mandekati-Nya,...

Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:222
"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri"

sebaik-baik irang yang melakukan dosa ialah orang yang sering bertaubat....
mari kita bersama-sama mendekatkan diri kepada-Nya,meninggalkan dosa.,,,

...orang yang bijak ialah orang yang memandang kehidupannya selepas kematian...
...sesungguhnya kehidupan kita yang sebenar ialah kehidupan selepas kematian...
sekian Wasalam

Jumaat, 29 April 2011

Teguran Akan Memdamaikan



Assala'mualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Teguran...perkara biasa yang sudah sejalan dengan kehidupan manusia...
apabila kita mendapat teguran...apa yang kita akan lakukan??...memberontak, dendam, lagi apa...ha tak boleh terima...lebih2 lagi jika seseorang tu mmg slalu lakukan perkara yang tidak baik..tiba2 je tegur kita kn,,??
ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab..seorang kaki arak telah menegurnya..Sayidina Umar menerima tegurannya..orang ramai pelik dengan keadaan itu..Sahabat sayidina Umar pun bertanya: Wahai Amirul Mukminin mengapa engkau menerima tegurannya, sedangkan dia ialah kaki botol?Sayidina Umar menjawab: ya memang dia kaki botol dan dia berdosa,tetapi tegurannya adalah benar..
Pada waktu...Khalifah Umar dilantik menjadi khalifah..Sayidina Umar pernah meminta orang ramai untuk menegur dan memperbetulkannya jika dia silap...lalu salah seorang bangun serta meghunus pedangnya dan berkata:...wahai Umar aku akan luruskan engkau dengan ini...Sayidina Umar tidak memarahi orang itu pun...malah berterima kasih kepadanya..
seorang ulama' ada berkata:" dan dengarlah teguran, walaupun ia datangnya daripada musuh kamu sendiri"
teguran, hakikatnya orang yang memberi teguran itu sayang kepada kita....lapangkanlah dada ketika menerima teguran, Insya-Allah hati akan menjadi tenangTeguran ini juga membuatkan kita rasa keluarga kita bertambah besar, kerana teguran bukan sahaja daripada keluarga kita...sesiapa sahaja...ia sayang akan kita seta mengambil berat fasal kita...
kenapa mahu marah dan sakit hati kepada orang yang menegur kita?kita akan menyebabkan diri kita lebih tidak tenteran dan tenang bukan??
....cuba kita bersama-sama melapangkan dada untuk menerima teguran selepas ini......sekian wasalam..



Khamis, 17 Mac 2011

bersyukurlah....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum..

Kaifa halukum??
bersyukurlah kita kerana masih dianugerahkan kehidupan, penglihatan, pendengaran, serta kesihatan oleh-Nya...

namun masih lagi yang tidak bersyukur malah lebih sombong dengan hanya pinjaman untuk kita..
sesungguhnya orang bukan Islam juga mendapat keselesaan dalam kehidupan mereka..
apa buktinya??

buktinya:
Allah S.W.T masih mengurniakan kepada mereka udara untuk mereka bernafas bukan..??
jika tidak begitu pasti mereka semua mati atau memeluk agama Islam..

tetapi sekarang orang yang dilahirkan sememangnya beragama Islam, dan kehidupannya juga tidak mahu menerima islam dengan sebaiknya....

*suatu ketika dahulu sebelum kebangkitan islam..Rasulullah bersama para sahabat bersusah payah menyebarkan Islam sehingga baginda sendiri tercedera dan diugut bunuh oleh kaum yahudi..setelah Islam berjaya diperluas oleh baginda serta para sahabat yang lain.. sehingga Islam menjadi kuasa terbesar dunia serta disegani oleh agama lain..pada hari ini umat islam sendiri ada yang mencaci agama mereka...apa sudah jadi?? Masya-Allah..beristigfarlah..
takkan kita sekarang ini hendak membiarkan Islam jatuh begitu sahaja...jika seorang pemimpin itu tidak berasaskan agama yang sebenar (Islam)...apa akan jadi pada dunia..??

marilah kita sama-sama berdoa agar, kehidupan sebagai seorang muslim serta mencari yang mukmin dipelihara oleh-Nya..dan kepada umat Islam yang lain semoga diperkukuhkan lagi Imannya...sekian Assalamu'alaikum

Ahad, 13 Mac 2011

Pinjaman Kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim

ingatlah kehidupan hanyalah pinjaman dari Ilahi...
..yang ada pada diri kita hanyalah sementara..

hidup kita ibarat sebuah 'CAR PARK'
car park sedar bahawa kereta yang berada di situ bukanlah haknya..
ia juga menggambarkan kehidupan mahluk yang digelar MANUSIA...bukan??

jasad yang kita nampak juga akan kembali kepada tuannya yang memberi kita pinjam..
hargailah pinjaman yang dipinjamkan kepada kita sebaiknya..

mungkin anda paham yang dimaksudkan dengan apa itu PINJAMAN..
renungilah dan muhasabahlah..
Alhamdulillah..

p'inagtan utk diri nie juga..

sekian wasalam

Rahsia Basmalah...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamu'alaikum..

Permulakanlah sesuatu pekerjaan dengan Basmalah..
krn bnyk fadhilatnya..:
setiap p'buatan yang baik jika dimulakan dengan Basmalah akan mengandungi berkah...
contoh khasiat:
  1. Apabila dibaca 21x bila hendak tidur, maka kita dijaga oleh Allah dri mati kafir, bahaya pencuri n godaan syaitan...
  2. Dibaca 50x kepada orang yang zalim atau orang yang sedang marah,Insya-Allah..akan reda dan hilanglah kemarahannya...
banyak lagi fadhilatnya..ini adalah serba sedikit tentang khasiat Basmalah..
tetapi..Ingat lakukanlah ia hanya kerana ALLAH S.W.T..insya-Allah..

Sabtu, 12 Mac 2011

Salam Ukhwah


salam perkenalan buat semua..

bgi merapatkn lgi ukhuwah persaudaraan dan rakan2 yg len...hu'h....mge dpt mmbntu.,,..