Jumaat, 23 Disember 2011

Malu yang Bagaimana??

jaganlah malu menegakkan kebenaran
Zaman sekarang, zaman yang sarat dengan pembangunan, perkembangan IT dan pemanasan muka bumi pun semakin meningkat.
Inilah yang dijadikan alasan oleh wanita-wanita masa kini untuk tidak menutup aurat..


Berbaloikah atau muhasabahkah alasan begini??


Ada juga yang berkata 'belum sampai seru,fesyenlah dan..dan ada juga yang segan, malu untuk menutup aurat.


Segan,..Malu,..(sesuatu yang pelik)


ok, kenapa kena tunggu sampai seru,.. sedangkan ramai sudah yang menasihat, menegur dan sebagainya.
Adakah tunggu sehingga kita diseru menghadap Ilahi??
jika masa itu(hahaha)tidak perlu diingatkan, jangan dikata aurat, muka dan telapak tangan pun tidak kelihatan,...


wahai saudaraku,saudari-saudari sekalian,..


Kenapa perlu malu??Kenapa perlu segan??
Adakah saudari sekalian selesa dengan menayangkan yang tidak perlu??


Perlukah malu untuk menutup aurat?
Tetapi tidak segan aurat kita dilihat orang lain,..


Ada yang berkata "dalam Al-Quran tidak ada suruh memakai tudung"


Ya,memang benar,..


..TETAPI..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka memanjangkan jilbab mereka hingga ke bahagian dada mereka"(An-Nur:31)


Jika saudari perasan saya tidak menekan untuk memakai tudung tetapi menutup aurat.
jika tidak mahu pakai tudung tidak mengapa, pakailah kain kafan ke untuk menutup aurat,..
tetapi cara yang senang adalah dengan memakai tudung


Menutup aurat adalah satu kewajipan. Dan tidak menutupnya adalah berdosa..
Bukan hanya pada bahagian kepala aurat perempuan, pakaian yang menampakkan tubuh dan suara juga aurat,..pakailah pakaian yang longgar tetapi bukan longgar sehingga boleh terlucut,..dan adakah pula suara boleh ditutup dengan segala macam kain??


..Bersama-sama kita memperbaiki diri untuk Ilahi..


Muhasabah kembali,..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan