::qudwah qatrunnada::
Selasa, 26 Ogos 2014
*Oh HATI*
Kadang-kadang hati seakan berbicara :
Mengapa dan kenapa
Aku sangat tersiksa?
Pilu
Sedih
Sunyi
Derita
Juga rasa kosong.....
Sebenarnya..
Dia itu, ingin balik pada penciptanya
Carilah ketenangan yang sebenar-benar ketenangan dengan mendekatkan diri pada Allah SWT.
Kekosongan hati itu tidak akan terisi, kecuali dengan mendekati Ilahi.
-AmirahSeni0r-
Ahad, 13 April 2014
Insan Makhluk-Nya
Aku hanya manusia
Makhluk kepada Dia
Aku juga hamba
Laksanaku untuk Dia
Aku tidak punya apa
Segalanya pemberian Dia
Aku akan pergi
Pergi kembali kepada Dia.
Bertuah aku dapat berpijak di dunia
Untungnya aku dapat melalui laluan dunia
Gembiranya aku mengenali makhluk dunia
Walau silih berganti suka dan duka
Itulah juga nikmat pemberian Dia
Tetapi aku bagaimana?
Adakah syukur menjadi kalimah?
Malulah kita
Segala pemberian-Nya kita terima
Nikmat yang tak terhingga kita guna
Bagaimana pula kita kepada Dia?
Hidup kita bukan hanya di dunia
dunia hanya singgahan sementara
Kehidupan abadi menanti kita
Pilihan kita bermula di dunia
Hasilnya nanti raih di sana.
-amiraSenior-
Sabtu, 8 Mac 2014
Doa Istikharah

Ya Allah,
aku beristikharah dengan ilmu-Mu,
mohon kekuatan dengan kekuatan-Mu,
aku mohon keagungan kurniaan-Mu.
Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku,
Engkau mengetahui juga tidak aku, Maha Mengetahui yang ghaib.
Ya Allah,
jika ini baik bagiku, agamaku dan kehidupanku juga natijahku selepas ini maka tetapkanlah,
Kau mudahkanlah dan berkatilah aku padanya.
Ya Allah,
jika ini buruk bagiku, agamaku dan kehidupanku juga natijahku selepas ini,
maka jauhkannya dariku,
juga jauhkan aku darinya.
Tetapkan aku dengan kebaikan sebagaimana yang sepatutnya.
Kau jadikanku meredhainya.
Ahad, 9 Februari 2014
Dosa Tanpa Noktah
Aku dilahirkan Islam
Islam agama indah
Terkadang aku mencemarkan keindahan itu.
Fitrahnya, jiwa ragaku ingin ketenangan
Aku khianati diri sendiri
Aku memilih kekusutan
Hati jadi terseksa, hidupku huru-hara
Ketenangan yang diingini tidak dimiliki.
Berulang-ulang kemungkaran aku lakukan
Tetapi aku cuba bangkit dan meninggalkan
Tetap, tetap jatuh tersungkur diperjalanan
Ibu dan Ayah menitipkan indahnya Islam
Guru-guru juga mengajarku mulianya Islam
Sahabat ingin beriringan bersama ke syurga-Nya
Layakkah aku?
Aku mendisiplinkan diri dengan istiqamah
Sungguh ku ingin mendekati Ilahi
Ingin meraih redha dan rahmat-Nya
Biarlah badai itu berat
Sungguh ia hanya ujian dari-Nya
Hanya untuk mendekatkan hamba kepada Dia.
Aku kuatkan diri dengan kalimah-Nya
Tiada insan tanpa dosa
Tetapi selayaknya insan yang bertaubat terus kepada Allah
Itulah insan yang lebih baik.
-amiraSenior-
Firman Allah SWT:
"...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (al-Baqarah: 222)
Rabu, 4 September 2013
Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi .Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
2. Terlebih makan. Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, ia menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3. Merokok.Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4. Mengambil Gula Berlebihan. Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Menghidu Udara Yang Tercemar. Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.
6. Tidur Yang Berlebihan. Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7. Tidur Dengan Menutup Muka. Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8. Kurang Berimaginasi. Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9. Jarang Berfikir.Janrang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10. Tidak Membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
Sabtu, 2 Jun 2012
Ketenangan Hakiki
Tidak perlu pergi jauh.
Ketenangan sebenarnya sudah ada terlalu begitu dekat dengan kita.
Maka, kenapa kita mencari ketenangan dari selain Dia?
Alam ini dan
segala isinya, bukankah semuanya itu adalah ciptaan dari Allah s.w.t.
Ketenangan akan hadir dengan usaha mendekatinya,..
Poster - Jalan :0
Kehidupan ini banyak liku-likunya,..
Setiap insan ada cara tersendiri untuk melintasi..
pilihan jalan pada diri sendiri,..
kerana tidak semua kita lalui,..
kita mempunyai pilihan untuk memilihnya.
Langgan:
Catatan (Atom)


