Sabtu, 30 April 2011

Tinggalkan Dosa!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Jika kita katakan kita sedar akan dosa yang kita lakukan dan hendak dekatkan diri kapada-Nya....
sebenarnya kita telah lawan dengan dosa.....
dan jika demikian hati kita masih lagi mempunyai iman....

Memang jika kita ingat kembali hidup kita ini sentiasa bergelumang dengan dosa...tidak kiralah besar atau kecil.....kerana itu, kita sukar untuk melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin..
dosa akan mengadakan titik hitam pada hati kita....
jika kita terus melakukan dosa tidakkah hitam hati kita nanti.....???

sebenarnya hati ini banyak cabangnya...

-hati yang hidup..

-jika kta sering membuat dosa ia telah jatuh kepada hati yang sakit....
rasa malas hendak melakukan amalan...dan jauh daripada-Nya...serta tidak rasa hendak memperbetulkan diri dan sedarkan diri daripada kesalahan,...

-jika perkara di atas terus menerus dilakukan ia akan jatuh pada hati yang mati...
igatlah hati ialah ketua bagi tubuhnya..

tidak ada manusia yang boleh berubah terus kepada apa yang dia hendak berubah....(kearah kebaikan)..
manusia perlulah berusaha untuk berubah....Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Dia tidak akan mengecewakan hambanya yang berusaha mandekati-Nya,...

Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:222
"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri"

sebaik-baik irang yang melakukan dosa ialah orang yang sering bertaubat....
mari kita bersama-sama mendekatkan diri kepada-Nya,meninggalkan dosa.,,,

...orang yang bijak ialah orang yang memandang kehidupannya selepas kematian...
...sesungguhnya kehidupan kita yang sebenar ialah kehidupan selepas kematian...
sekian Wasalam

Jumaat, 29 April 2011

Teguran Akan Memdamaikan



Assala'mualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Teguran...perkara biasa yang sudah sejalan dengan kehidupan manusia...
apabila kita mendapat teguran...apa yang kita akan lakukan??...memberontak, dendam, lagi apa...ha tak boleh terima...lebih2 lagi jika seseorang tu mmg slalu lakukan perkara yang tidak baik..tiba2 je tegur kita kn,,??
ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab..seorang kaki arak telah menegurnya..Sayidina Umar menerima tegurannya..orang ramai pelik dengan keadaan itu..Sahabat sayidina Umar pun bertanya: Wahai Amirul Mukminin mengapa engkau menerima tegurannya, sedangkan dia ialah kaki botol?Sayidina Umar menjawab: ya memang dia kaki botol dan dia berdosa,tetapi tegurannya adalah benar..
Pada waktu...Khalifah Umar dilantik menjadi khalifah..Sayidina Umar pernah meminta orang ramai untuk menegur dan memperbetulkannya jika dia silap...lalu salah seorang bangun serta meghunus pedangnya dan berkata:...wahai Umar aku akan luruskan engkau dengan ini...Sayidina Umar tidak memarahi orang itu pun...malah berterima kasih kepadanya..
seorang ulama' ada berkata:" dan dengarlah teguran, walaupun ia datangnya daripada musuh kamu sendiri"
teguran, hakikatnya orang yang memberi teguran itu sayang kepada kita....lapangkanlah dada ketika menerima teguran, Insya-Allah hati akan menjadi tenangTeguran ini juga membuatkan kita rasa keluarga kita bertambah besar, kerana teguran bukan sahaja daripada keluarga kita...sesiapa sahaja...ia sayang akan kita seta mengambil berat fasal kita...
kenapa mahu marah dan sakit hati kepada orang yang menegur kita?kita akan menyebabkan diri kita lebih tidak tenteran dan tenang bukan??
....cuba kita bersama-sama melapangkan dada untuk menerima teguran selepas ini......sekian wasalam..