Jumaat, 30 Disember 2011

Tanggungjawab Dakwah

Assalamualaikum,..

Di sini ada sebuah cerita,..hayatilah.

Ada seorang pembantu rumah yang dibayar gaji RM550. Tugasnya adalah membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak. Suatu hari tuan rumah keluar kerana ada urusan dan ditinggalkan anaknya bersama pembantu rumah tersebut. Ketika pembantu rumah itu sedang melakukan tugansnya di halaman rumah, kebetulan anak yang ditinggalkan bersamanya bermain di tepi kolam renang. Tiba-tiba anak tersebut tergelincir dan jatuh ke dalam kolam tersebut. Pembantu rumah tersebut berfikir, perlukah dia menyelamatkan anak itu, sedangkan tuannya hanya membayar untuk membersihkan rumah, cuci baju, dan memasak bukan untuk menjaga anaknya, lalu dibiarkannya. Tuan rumah pulang dan bertanya mana anaknya, dengan selamba pembantu rumah tersebut menjawab, tadi terjatuh dalam kolam. Apabila tuan rumah tiba di kolam anaknya sudah mati. Pembantu rumah itu memberitahu bahawa yang dia hanya dibayar untuk tugas-tugas seperti yang ditugaskan.

Apakah perasaan anda jika perkara ini berlaku paad anda??


Bayangkan,jika Allah bertanya kenapa tidak mencegah kemungkaran??...
Adakah kita ingin menjawab sebegini:
"tugas saya sebagai hamba ialah beribadah,solat, puasa, zakat,..itu bukan urusan saya, dia yang lakukan kemungkaran"

Adakah itu jawapan yang ingin kita berikan,??
sungguh cetek pemikirannya,..jika orang lain rosak(masyarakat), bagaimana dengan kita??
bukankah kita hidup dalam kelompok masyarakat??kuat sangatkah kita untuk menepis segala bisikan-bisikan, tanpa ada yang membantu dan mengingatkan,..??

Dakwah bukanlah hanya perlu berdiri di atas pentas dan menyampaikan itu ini,..
Islam itu mudah,..jika hati kata susah, susahlah,..

*Bersamalah kita memperbaiki untuk menjadi yang lebih baik pada tahun baru*


Jumaat, 23 Disember 2011

Malu yang Bagaimana??

jaganlah malu menegakkan kebenaran
Zaman sekarang, zaman yang sarat dengan pembangunan, perkembangan IT dan pemanasan muka bumi pun semakin meningkat.
Inilah yang dijadikan alasan oleh wanita-wanita masa kini untuk tidak menutup aurat..


Berbaloikah atau muhasabahkah alasan begini??


Ada juga yang berkata 'belum sampai seru,fesyenlah dan..dan ada juga yang segan, malu untuk menutup aurat.


Segan,..Malu,..(sesuatu yang pelik)


ok, kenapa kena tunggu sampai seru,.. sedangkan ramai sudah yang menasihat, menegur dan sebagainya.
Adakah tunggu sehingga kita diseru menghadap Ilahi??
jika masa itu(hahaha)tidak perlu diingatkan, jangan dikata aurat, muka dan telapak tangan pun tidak kelihatan,...


wahai saudaraku,saudari-saudari sekalian,..


Kenapa perlu malu??Kenapa perlu segan??
Adakah saudari sekalian selesa dengan menayangkan yang tidak perlu??


Perlukah malu untuk menutup aurat?
Tetapi tidak segan aurat kita dilihat orang lain,..


Ada yang berkata "dalam Al-Quran tidak ada suruh memakai tudung"


Ya,memang benar,..


..TETAPI..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka memanjangkan jilbab mereka hingga ke bahagian dada mereka"(An-Nur:31)


Jika saudari perasan saya tidak menekan untuk memakai tudung tetapi menutup aurat.
jika tidak mahu pakai tudung tidak mengapa, pakailah kain kafan ke untuk menutup aurat,..
tetapi cara yang senang adalah dengan memakai tudung


Menutup aurat adalah satu kewajipan. Dan tidak menutupnya adalah berdosa..
Bukan hanya pada bahagian kepala aurat perempuan, pakaian yang menampakkan tubuh dan suara juga aurat,..pakailah pakaian yang longgar tetapi bukan longgar sehingga boleh terlucut,..dan adakah pula suara boleh ditutup dengan segala macam kain??


..Bersama-sama kita memperbaiki diri untuk Ilahi..


Muhasabah kembali,..

Monepause tak perlu tutup aurat??

Assalamualaikum..

Segala puji buat Sang Pencipta, selawat dan salam buat Utusan Langit dan seluruh ahli kerabat, serta salam sejahtera buat semua penduduk bumi.

Note kali ini saya mahu share sesuatu yang mungkin boleh mengelirukan sahabiah-sahabiah sekalian.

Pada satu petang, ketika saya bersama sahabat yang lain sedang mentelaah buku sambil bersantai, kami berborak sehingga keluar satu mauduk yang menarik perhatian saya. Ada sahabat saya kata "wanita yang sudah utus haidnya boleh buka aurat?". Sahabat saya ni pun kurang jelas tentang perkara ni. Sebab, menurutnya, dia dengar ni daripada ibunya. Sahabat saya kata ada dalil dalam al-quran. Saya cuba minta pendapat rakan-rakan yang lain. Dan kebnyakkan jawapan tu tak memuaskan hati kerana jawab ikut pendapat masing2. Almaklumlah, Saya baru first time dgr pasal perkara ni. Jadi sifat inkuiri tu membuak-buak. Tengah makan kat DM pun pikir pasal tu. Sampai je kat musolla, trus kol mak tersayang tanya pendapat. Alhamdulillah,penjelsan mak buat saya lebih tenang dari sebelumnya.Then, cari dalam Al-Quran tentang ayat tu. Dari surah An-Nisa` sampai lah jumpa kat surah An-nur. Dan semasa cuti ni saya buat sedikit research tentang perkara ni dan ada bertanya kepada beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Syukur Alhamdulillah penemuan saya memuasakan hati. So let i share with my beloved friends.

SURAH AN-NUR: 60

.... وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الَّلَـتِى لاَ يَرْجُونَ نِكَاحا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَـتِ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ

(Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan merekadalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya, dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah lebih baik)

Kekeliruan..

Sahabiah yang dikasihi Allah,

Bagi semua wanita, tua dan muda tetap SAMA tak boleh buka aurat cuma maksud ayt ini ada KELONGGARAN bg wanita ini

ayat ini KHAS bg wanita TUA yg TIDAK LAGI BERKEINGINAN KAHWIN dan sudh sampai tahap MENOPAUSE

mengikut tafsir a;tabari, ibnu jabir kata:

“wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka

Ggolongan ini sudah diberi kelonggaran utk tidak terikat dgn arahan spt zaman remajanya seperti dibenarkan untuk pakai baju lengan pendek tudung singkat atau pendpt yg lebih exrtrem ialah dibenrkan tidak memakai tudung memadai hanya memakai serbus sahaja dan juga dibenrkan bersalaman dgn lelaki ajnabi baik

Ada bberapa alasan:

1. Kerana di usia ini, golongan ini mustahil utk melakukan perbuatan yg membangkitkan nafsu shahawatnya

antara sebab knp islam haram persentuhan lelaki perempuan ialah kerana boleh membangkitkan syahwat lelaki.

2. Sebagai memudahkan perhubungan dia dgn org lain yg dilihat spt anak sndiri.

Maksudnya lg, hukum tetap TAK UBAH kewjipan tutup aurat adalah KEKAL cuma perlaksanaanya BERLAINAN. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerna ingin KURANGKAN BEBAN golongan ini. Maklumlah dah tua mesti penat kalau nk menjaganya spt golongan muda. Betul tak?

Ada pendapat yang menyatakan yang boleh ditanggal itu ialah JILBAB dan RIDA`. Orang arab selalunya memakai Khimar dan jilbab. Maka yang yang di benarkan buka hanya jilbab dan rida`. Dalam konteks kita pada hari ini,kiranya warga emsa tu dibenarkan pakai tudung pendek atau menutup kepala rambut dengan kain (macam nenek2 buat tu).

Selain tu ada juga yang berpendapat Wanita arab memakai dua helai pakaian.pakaian pertama ialah pakaian menutup aurat seluruh tubuh meraka dan pakaian luar ialah pakaian luar yg menutup pakaian pertama.Yang tu la yg dimaksudkan. Aurat TETAP WAJIB TUTUP!!

cth lain:

-kalau kita, usia macam ni kena pakai baju tidak nampak lengan

-tapi mereka boleh nmpk memdai pakai baju lengan pendek

cth lain ;

-mereka tak pe tak pakai stokin tp apa-apa pun, kalau mereka TETAP NAK TUTUP, itu LAGI BAIK

kerana apa? dunia skrg tk leh jangka ada je kes wanita berusia lingkungan 60 ke atas, masih menjadi mangsa lelaki rakus.

Sebab ayat ALLAH habiskan ayat ini dengan mengatakan kalau mereka menutup aurat, itu lagi BAIK bagi mereka

kerana Allah tahu perbuatan setiap hambnya. Ayat ini membuktikan bahwa Allah maha MENEGTAHUI segalanya.

Terbukti islam itu sempurna! :)

Moga perkongsian yang tak seberapa ni dapat memperbetulkan balik tanggapan yang mengelirukan dikalangan kita. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! Sebar-sebarkan. Moga dapat manfaatnya.

-Copy daripada Syazwani Khalid-