Isnin, 6 Februari 2012

Jaga Lidah dan Pertuturanmu

 

Lidah...semua ada..Insya-Allah..
Dan seperti yang anda dan saya tahu lidah tidak bertulang,..
Walaupun lidah ini lembut dan tidak bertulang tetapi pengaruhnya besar dalam kehidupan kita,..
Corak peribadi seseorang itu jelas dengan peranan lidah,..

Cuba anda perhatikan, apabila kita jaga daripada tidur, kita akan bercakap,..
bukanlah buka-buka mata terus je cakap..
kiranya setiap hari mesti bercakap....

Kita juga sering diingatkan supaya berhati-hati dalam percakapan ataupun diam..
biasa anda dengar:
"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Itulah tandanya dengan bercakap boleh memberikan kesan yang besar dalam kehidupan,..

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat,..
"Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan yang membolehkan seseorang itu masuk syurga?"

Rasulullah SAW menjawab, "Takwa kepada Allah dan berakhlak baik".

"Apakah pula yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke neraka ya Rasulullah?"tanya seorang sahabat lain.

"Kejahatan mulut dan kemaluannya".

Oleh itu, daripada banyak bercakap adalah lebih baik kita diam,..
"Sesiapa yang banyak bercakap, banyaklah silapnya,..Sesiapa yang banyak silapnya, banyaklah dosanya".

Seterusnya Rasulullah mengingatkan melalui hadith:
"Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangga belum aman daripada kejahatannya."

Apabila kita diam, kita mempunyai lebihan masa terluang,..Jika kita lihat manusia yang diam dan menjaga syariatnya serta menahan diri dari dosa, dia akan kelihatan lebih bertenaga dan petah bicaranya.

Bersama-samalah kita perbaikinya,..Insya-Allah.